[VIDEO] Pembantu Rumah Menangis Jaga Mak Jenny, Sekali Perkongsian Nubhan Raih Perhatian “Maafkan Mak Tau”

Penyanyi Nubhan mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen menyentuh hati bersama pembantu rumahnya menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok.

Dalam perkongsian itu, Nubhan dilihat cuba menenangkan pembantu rumahnya yang keletihan selepas dipercayai menjaga ibunya, Mak Jenny, yang kini semakin uzur dan mengalami masalah ingatan.

Menurut Nubhan, menjaga ibu bapa yang uzur bukanlah satu tugas yang mudah kerana ia menuntut kekuatan fizikal dan emosi yang tinggi.

Nubhan

“Kasihan pembantu rumah yang menjaga mak ini. Mak bila tak sihat memang dia agak emosi dan banyak ragam sikit.

“Betullah orang cakap, bukan mudah nak jaga orang tua yang sakit ni.

“Ada masa, kita kuat. Ada masa, kita penat. Dan ada masa, kita cuma mampu menangis je. Bukan sebab tak ikhlas, bukan sebab tak sayang, tapi kita juga manusia. Ada batas tenaga dan emosi,” tulisnya.

Pelantun lagu Ada Untukmu itu turut mengakui memahami perasaan pembantu rumahnya serta mereka yang sedang menggalas tanggungjawab menjaga ibu bapa yang uzur.

@nubhan86Sampai menangis maid yg jaga mak…kami adik beradik pun hadap benda yg sama juga… 🤣 Salute kt korg yg tgh jaga org tua sakit…mmg mencabar mental & fizikal…semoga kami semua kuat dan tabah!! 💪🏻💪🏻💪🏻

♬ Sound of flowing water (ASMR) 3D sound(938614) – MN Field Record

“Saya cuba memahami perasaan pembantu rumah ini dan juga untuk semua yang sedang menjaga mak ayah, yang tidur tak cukup, yang penat fizikal dan mental, yang kadang-kadang hampir hilang sabar.

“Semoga Allah kuatkan hati kita sebab mungkin orang lain tak nampak pengorbanan tu, tapi Allah nampak setiap satunya.

“Hari ini mungkin terasa berat, tapi mudah-mudahan setiap lelah tu menjadi jalan untuk kita menuju syurga,” katanya.

Dalam video yang sama, Nubhan turut memberikan kata-kata semangat kepada pembantu rumahnya dan memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan daripada pihaknya.

Bukan lepas tangan jaga Mak Jenny - Nubhan

“Tapi macam itulah maid, dia pun dah tua, dia pun dah tak ingat apa.

“Kami tengok kamu punya kerja keras. Kasihan, menjaga mak tu berat. Tapi maafkan mak tau. Maafkan mak. Orang tua itu,” ujar Nubhan.

Perkongsian tersebut mengundang perhatian ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa sebak selepas menonton video berkenaan.

Malah, ramai turut memuji kesabaran pembantu rumah itu selain mendoakan agar segala urusan Nubhan serta keluarganya dipermudahkan.

Sumber: TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *