Pelakon Rita Rudaini mengimbau kembali pengalaman pertamanya bergandingan dengan pelakon legenda, Eman Manan, menerusi satu perkongsian di Threads.
Menurut Rita, dia berasa gementar apabila babak pertama yang perlu dilakonkannya memerlukan dia menendang Eman ketika sedang menunaikan solat.

“Masa ini pertama kali dapat tawaran bergandingan dengan legenda. Seram sejuk babak pertama. Tapi ada satu babak tu saya kena sepak dia masa tengah solat.
“Banyak kali ambil sebab pengarah kata sepak itu nampak sangat tipu. Abang Eman cakap, ‘tak apa sepak tendang saja betul-betul’. Dalam hati saya, ‘hm bila masa lagi kan nak terajang Eman Manan’,” kongsinya.

Rita berkata, sebaik sahaja berjaya menjayakan babak tersebut, penggambaran terus dihentikan kerana pengarah berpuas hati dengan hasilnya.
Namun, dia mengakui kakinya terasa seperti terseliuh dan sakit kerana badan Eman yang disifatkannya sangat keras.
“Dan sekali sepak saja terus ‘cut! Good!’. Tapi kaki ku rasa macam nak terseliuh 🥹 sakit gila… ha ambil. Masa tu dapat balasan. Keras betul badan macam sepak batu,” katanya.
Sumber: Threads
