Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, tampil menjelaskan pendiriannya selepas menerima teguran daripada pendakwah bebas, PU Syed, susulan kemesraannya bersama usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) yang dipaparkan di media sosial.
Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Fazley atau nama penuhnya Ahmad Fazley Yaakob, 48, berkata dia tidak berkecil hati dengan teguran yang diberikan, malah menghargainya sebagai satu tanggungjawab yang dilaksanakan oleh PU Syed sebagai seorang Muslim.

Menurut Fazley, beliau melihat teguran tersebut sebagai sesuatu yang positif kerana ia disampaikan tanpa unsur penghinaan.
“Saya okay saja.
“Ustaz Syed komen sebab itu tanggungjawab dia. Dia tidak menghina. Sebagai seorang ustaz, saya sokong saja dia.
“Ustaz Syed sentiasa beri komen-komen yang bernas walaupun pedas.
“Pada saya, biarkan saja. Saya tidak terasa dan hanya menganggap komen itu sebagai caranya menjalankan tanggungjawab.
“Terima kasih ustaz.”

Dalam pada itu, Fazley turut menjelaskan bahawa soal perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diputuskan dengan tergesa-gesa kerana melibatkan pelbagai perkara yang perlu diberi perhatian, termasuk keluarga dan anak-anak kedua-dua belah pihak.
@matchalattee.ea Terima Kasih Uztaz 🫰 #fypage #4u #Didalavida #datoserivida #datofazley ♬ kota ini tak sama tanpamu (with Aziz Harun & Aisha Retno) – Nadhif Basalamah & Aziz Harun & Aisha Retno
Katanya, setiap perancangan memerlukan masa dan penyusunan yang teliti sebelum sebarang keputusan dibuat.
“Perkara kahwin ini tak boleh terus kahwin. Hari ini rancang, esok kahwin.
“Banyak aturannya. Kedua belah pihak keluarga, anak-anak dan susunan.
“Apa yang berlaku antara kami berdua, keluarga dah tahu dah. Cuma tidak beritahu secara umum sebelum waktunya.”

