“Saya Baca Pun Seram, Tak Takut Ke Pada Allah” – Amira Othman

Penyanyi Amira Othman menegaskan bahawa dia dan suaminya, pelakon Fattah Amin, tidak pernah menarik balik laporan terhadap akaun media sosial ‘Musang Berjanggut’ yang didakwa menyebarkan pelbagai fitnah mengenai kehidupan peribadi mereka.

Menerusi perkongsian di Threads, Amira berkata dia menerima banyak mesej daripada orang ramai yang memintanya supaya tidak menarik semula laporan berhubung isu berkenaan.

Fattah Amin, Amira Othman Sedang Menghitung Hari Bahagia?

“Salam. Penuh DM saya orang mesej dan tag saya dan suami supaya jangan tarik laporan untuk mencari siapa Musang Berjanggut yang telah pun memfitnah kami macam-macam.

“Dia bercakap perkara-perkara yang tidak elok. Saya baca pun seram. Tak takut ke pada Allah,” katanya.

Menurut Amira, mereka bukan sahaja tidak pernah menarik balik laporan, malah telah beberapa kali membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menangani isu tersebut.

Malaysian celebrity couple Fattah Amin and Amira Othman to wed on Sept 14 | The Straits Times

“Untuk pengetahuan peminat, kami tidak pernah menarik laporan. Kami turun naik buat laporan di MCMC dan PDRM, malah berjumpa dengan Datuk Fahmi Fadzil untuk menangani isu ini.

“Bukankah isu buli siber ini harus dibanteras?” ujarnya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Hati-Hati itu turut mempersoalkan mekanisme sedia ada dalam menangani isu akaun palsu yang disifatkan semakin berani kerana merasakan mereka tidak akan dikenakan tindakan.

SHOWBIZ: Fattah Amin, Amira Othman drop honeymoon hint after star-studded wedding

“Selagi tidak ada mekanisme yang diwujudkan untuk menyelesaikan semua ini, selagi itulah ia akan terus berleluasa sebab akaun palsu ini tak takut kerana Malaysia tidak ada tindakan tegas.

“Jadi saya tertanya-tanya apa fungsi MCMC? Hujung-hujung mereka cakap ‘jangan baca saja’.

“Kalau kami tak baca dan tak respons pun, rasanya ia semakin melampau. Takut ia memudaratkan mental dan emosi sesiapa sahaja yang menjadi mangsa,” katanya.

fvgfgfgf

dfvfvdfv

Amira turut menegaskan bahawa dia dan Fattah tidak akan menarik balik laporan kerana mahu mengetahui identiti individu di sebalik akaun berkenaan.

“Kami tidak akan menarik laporan sebab kami pun nak tahu siapa Musang yang nampak sangat berani berselindung di sebalik akaun palsu.

“Jadi mungkin dengan kuasa netizen dan kuasa tular, isu ini dapat diselesaikan,” katanya.

Terdahulu, Fattah Amin meluahkan rasa terkilan apabila terdapat akaun palsu menggunakan nama ‘Musang Berjanggut’ yang didakwa menyebarkan pelbagai fitnah serta naratif tidak berasas berkaitan kehidupan peribadinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *