Shuib Dedah Jumlah Hutang Yang Ditanggung, Tak Sangka Rupanya Hutang Daripada Sini

Pelawak dan usahawan Shuib mengakui kehidupannya kini dipenuhi dengan jadual yang padat kerana perlu menguruskan pelbagai pekerjaan, termasuk melakukan siaran langsung di media sosial bagi memastikan segala komitmen kewangannya dapat diselesaikan.

Menerusi perkongsiannya dalam podcast Too Pretty To Handle, Shuib berkata dia sentiasa berusaha mencari rezeki dan tidak boleh berhenti bekerja kerana masih mempunyai banyak tanggungjawab yang perlu dipikul, termasuk melangsaikan hutang.

Anak sulung pakai baju tak sedondon, Shuib tampil beri penjelasan

Menurut Shuib, kesibukan yang dilihat orang ramai bukanlah sesuatu yang disengajakan, sebaliknya didorong oleh keperluan untuk terus bekerja demi menyelesaikan pelbagai komitmen kewangan.

“Itu kalau nampak saya tak berhenti buat benda yang saya sedang buat. Live la, buat itu la, buat ini la. Kadang sampai orang cakap, ‘Kau ni busy eh?’ Memang busy.

“Sebab kalau aku berhenti, mandi ni, banyak benda nak kena dibayar, nak kena diselesaikan. So saya jalan je, menikmati,” katanya.

Dalam sesi podcast sama, penyampai radio dan hos, Sharifah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Shiera, turut bertanyakan mengenai jumlah hutang yang pernah ditanggung Shuib.

Pikul Tanggungjawab Sebagai Bapa Bukan Mudah, Saya Perlukan Seseorang  Bersama Saya..." -Shuib Sepahtu

Shuib mendedahkan bahawa jumlah hutangnya pernah mencecah RM15 juta secara keseluruhan. Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana hampir separuh daripada jumlah tersebut berjaya diselesaikan dalam tempoh lima tahun.

Katanya lagi, situasi itu berlaku selepas beliau mengambil alih sebuah syarikat dan kemudian menyedari syarikat berkenaan sebenarnya mempunyai hutang melebihi RM12 juta.

“Banyak kak (hutang). Saya pernah reach paling tinggi saya rasa… RM15 juta keseluruhan, saya pernah hadap. Dah hampir separuh (selesai) dalam masa lima tahun.

“Saya pernah berada paling peak macam itu bila saya ambil alih syarikat… saya baru sedar yang hutang dia itu lebih dari belas juta dan masih lagi,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *