Susulan Isu Kebocoran Maklumat Peribadi Khairul Aming, Ini Komen Padu Mira Filzah

Pelakon popular, Mira Filzah mengakui berasa bimbang susulan isu kebocoran data peribadi yang melibatkan pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming, minggu lalu.

Menurut Mira atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, perkembangan teknologi seperti Artificial Intelligence (AI) yang semakin meluas menyebabkan setiap individu berisiko menjadi mangsa penyalahgunaan maklumat peribadi.

Mira Filzah selar dakwaan anak kurus tak cukup makan, ikut genetik sebelah bapa

“Sudah tentu saya berasa takut lebih-lebih lagi apabila media sosial ketika ini memudahkan orang ramai untuk mengakses apa saja.

“Ditambah pula dengan teknologi AI dan beberapa lagi, sudah tentu saya berasa takut,” katanya kepada Gempak.

Ketika ditanya sama ada pernah berdepan situasi sama, Mira meluahkan rasa syukur kerana belum pernah mengalami insiden serius membabitkan kebocoran data peribadi.

Khairul Aming Pecah Rekod Lagi! Rendang Nyet RM1.8 Juta Kurang 2 Minit – Perbandingan Dengan Sambal Nyet & Dendeng Nyet - FunnelEvo Group

Bagaimanapun, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu berharap orang ramai dapat menjadikan isu yang tular itu sebagai satu pengajaran agar lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat peribadi.

“So far Alhamdulillah tak pernah dan tidaklah sebesar Khairul Aming.

“Diharapkan orang ramai boleh ambil perkara ini sebagai satu pengajaran. Don’t simply expose personal details,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mira turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa menghormati hak privasi individu lain serta mengetahui batasan agar perkara seperti ini tidak berulang pada masa hadapan.

Ulasan Filem: Cinta Tak Pernah Tepat Waktu - ELLE Malaysia

“Hormati hak privasi masing-masing dan tahu batasan,” katanya lagi.

Sebelum ini, tular satu hantaran di media sosial yang mendakwa Khairul Aming mempunyai tunggakan bil berjumlah RM498 serta talian telefon miliknya disekat kerana bayaran tidak mencukupi.

Individu sama turut mendakwa wang pendahuluan sebanyak RM2,000 yang dibayar Khairul Aming bagi menampung penggunaan beberapa bulan tidak mencukupi susulan pembelian digital tambahan melebihi RM400.

Susulan itu, Khairul Aming menuntut penjelasan daripada sebuah syarikat telekomunikasi selepas mendakwa maklumat bil telefon peribadinya telah dibocorkan oleh seorang individu di media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *