“Alhamdulillah, Terima Kasih Allah,” Perkongsian Fatima Di IG Raih Perhatian

Anak kepada pasangan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura, iaitu Nur Fatima Aisya, mencuri perhatian apabila berkongsi momen istimewa ketika menyambut Hari Kebudayaan di sekolahnya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fatima meluahkan rasa gembira kerana berjaya membanggakan kedua-dua ibu bapanya menerusi persembahan yang dilakukannya sempena sambutan tersebut.

"Fatima tak pandai, tak comel"- Anak Fazura Dan Fattah Luah Perasaan, Dikatakan Tak Comel Oleh Ahli Keluarga? - Lobak Merah

“Saya mempunyai kenangan yang paling indah pada Hari Kebudayaan tahun ini bersama mommy dan daddy.

“Saya berjaya membuatkan mommy dan daddy bangga dengan persembahan saya,” kongsinya.

 

Selain itu, Fatima turut berkongsi kegembiraannya kerana dapat meluangkan masa bersama Fattah dan Fazura serta melakukan beberapa aktiviti bersama mereka.

“Saya juga menyediakan sandwic dan yogurt buah-buahan untuk daddy.

“Mommy dan daddy turut berpeluang melihat hasil kraf saya di sekolah hari ini dan saya semakin teruja untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh sebagai persediaan memasuki Tahun Satu pada tahun hadapan.

“Alhamdulillah, terima kasih Allah,” tulisnya.

Bagai Semalam Baru Dilahirkan, Nur Fatima Aisya Kini Genap Setahun Usianya - “Buah Hati Mommy & Daddy.”

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan gembira melihat Fatima yang masih mendapat sokongan daripada kedua-dua ibu bapanya walaupun mereka kini membawa haluan masing-masing.

Untuk rekod, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu pada 7 Oktober 2024 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia enam tahun.

Sumber: Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *