Pelakon dan usahawan Nur Fazura meluahkan rasa kasih sayangnya terhadap anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya dengan menegaskan bahawa dia akan sentiasa memberikan yang terbaik buat cahaya matanya itu.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Fazura memuat naik sekeping foto dirinya bersama kapsyen yang ditujukan khas buat Fatima.
“Dan ingatlah sayang, semuanya kerana hanya yang terbaik buatmu.
“Mommy sayang Fatima dunia akhirat,” tulisnya.

Sebelum ini, Fatima turut mencuri perhatian apabila berkongsi momen istimewa sempena sambutan Hari Kebudayaan di sekolahnya.
Menerusi perkongsian di Instagram, kanak-kanak berusia enam tahun itu meluahkan rasa gembira kerana dapat membanggakan kedua-dua ibu bapanya, Fazura dan Fattah Amin menerusi persembahan yang dilakukan pada majlis tersebut.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah Amin sah bercerai talak satu pada 7 Oktober 2024 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya.
Sumber: Instagram Story
