Azar Azmi Ada Masalah ‘Trust Issue’ Dengan Pengasuh – “Saya Tak Boleh Terima Bila…”

Azar Azmi Akui Lebih Percaya Kakak Jaga Anak Berbanding Hantar Ke Rumah Pengasuh

Pelakon Azar Azmi mengakui lebih mempercayai kakaknya untuk menjaga dua orang anaknya berbanding menghantar mereka ke rumah pengasuh.

Menurut Azar, dia mempunyai masalah kepercayaan (trust issue) selepas terlalu banyak membaca kes membabitkan kanak-kanak yang menjadi mangsa ketika berada di bawah jagaan pengasuh.

Azar Azmi Tak Percaya Pengasuh, Bimbang Keselamatan Anak

“Anak-anak saya, kakak yang jaga. Saya ada masalah dengan trust issue sejak banyak yang saya baca mengenai kanak-kanak diperlakukan tidak baik.

“Saya tak boleh terima bila ada kanak-kanak menjadi mangsa. Saya memang lebih percaya darah daging sendiri,” katanya kepada Gempak.

Azar berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama terbaharunya berjudul Bulan Henti Bicara yang berlangsung di Bizmilla Hall, Putrajaya pada Selasa.

Azar Azmi bimbang hantar anak ke pengasuh

Pelakon itu turut menjelaskan bahawa dia tidak pernah berdepan pengalaman buruk dengan pengasuh. Namun, pelbagai laporan yang dibacanya mengenai kes penderaan kanak-kanak membuatkan dia berasa bimbang.

“Saya tak pernah berdepan pengalaman buruk dengan pengasuh. Cumanya ini kesan daripada apa yang baca. Kita tak tahu apa yang dia (pengasuh) buat di belakang kita.

“Saya jadi banyak berfikir secara negatif. Kalau hantar dekat sini, jadi perkara buruk… padahal orang itu okay. Saya tidaklah nak samakan semua.

“Tapi bila banyak yang terjadi, buat saya terfikir bila waktu kerja,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *