Individu Dakwa Aisar Khaled Letak Kaki Dekat Tempat Duduk Penumpang Lain? – ‘Dah Tegur Tapi Masih Buat’

Individu Dakwa Aisar Khaled Ganggu Keselesaan Penumpang Dalam Penerbangan

Seorang individu mendakwa berdepan pengalaman kurang menyenangkan apabila pempengaruh, Aisar Khaled, dikatakan mengganggu keselesaan penumpang lain ketika berada dalam sebuah penerbangan.

Individu Dakwa Aisar Khaled Letak Kaki Dekat Tempat Duduk Penumpang Lain? – ‘Dah Tegur Tapi Masih Buat’

Dakwa sudah ditegur tetapi masih berulang

Menerusi hantaran di Threads, individu terbabit mendakwa kaki Aisar memasuki ruang tempat duduknya sebaik sahaja pesawat berlepas. Menurutnya, kaki pempengaruh itu juga beberapa kali terkena bahagian tempat duduknya sepanjang penerbangan.

“Sejak pesawat mula berlepas, kaki dia naik ke tempat duduk saya.

Kaki dia asyik terkena tempat duduk saya (mungkin sebab kaki dia panjang), tapi dah tahu tinggi, sekurang-kurangnya naiklah kelas perniagaan.”

Individu itu turut mendakwa dia sudah menegur Aisar, namun teguran tersebut tidak diendahkan dan situasi sama terus berulang sehingga penerbangan berakhir.

“Dah ditegur pun masih buat perkara yang sama. Akhirnya masa pesawat mendarat, saya ambil gambar dan baru tahu rupanya dia.”

Aisar Khaled mohon maaf isu tendang kerusi penumpang dalam pesawat – Suria  FM

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik tindakan yang didakwa dilakukan pempengaruh berkenaan dan menyifatkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Mereka turut mengingatkan kepentingan menjaga adab serta menghormati keselesaan penumpang lain ketika berada dalam penerbangan.

Sumber: Threads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *