“Kenapa Kita Sama-Sama Melayu Tak Boleh…” – Aliff Syukri Sedih Dikecam Warganet, Ini Puncanya

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mendakwa menerima kecaman daripada warganet selepas berjaya mendapatkan semula akses ke akaun TikTok miliknya.

Menerusi satu perkongsian, Aliff mengakui berasa sedih selepas membaca pelbagai komen negatif yang ditinggalkan, namun memilih untuk tidak membalas segala kritikan yang diterimanya.

Lima Hari Tak Makan, Aliff Syukri Syukur Dapat Semula Akaun TikTok

“Saya baca semua tapi saya tak nak respon, cuma saya sedih sangat bila saya dapat balik akaun TikTok saya ramai orang complain, kutuk dan macam-macam tomahan.

“Kenapa kita sama-sama Melayu tak boleh berbaik sangka? Sokong sama-sama. Saya tak pernah kacau hidup orang, tak pernah ambil kesempatan dengan orang,” tulisnya.

Apa kena mengena dengan anak saya? - Aliff Shukri - Kosmo Digital

Dalam luahan sama, Aliff turut mempersoalkan mengapa masih ada pihak yang gemar mencampuri urusan hidupnya walaupun dia merasakan tidak pernah mengganggu kehidupan orang lain.

Menurutnya, segala kecaman yang diterima sedikit sebanyak memberi kesan kepada emosinya.

“Kenapa orang banyak kacau hidup saya? Apa salah saya? Jujurnya, kadang-kadang saya lemah. Saya tak kuat,” luahnya.

Saya Hanya Tidur 2 Jam Sahaja Untuk Cari Duit” – Aliff Syukri Akui Dah Puas  Cari Harta Benda

Sebelum ini, Aliff mencuri perhatian apabila berkongsi beberapa video memaparkan dirinya menangis selepas mendakwa akaun TikTok miliknya disekat daripada melakukan siaran langsung selama lima tahun.

Menerusi perkongsian tersebut, Aliff turut memuat naik tangkap layar tetapan akaun @papalarisofficial yang menunjukkan akaunnya hanya dibenarkan menggunakan semula fungsi siaran langsung bermula pada 15 Julai 2031.

aliff syukri isteri 2 | Beautifulnara -Terkini dan Sensasi

Bagaimanapun, isterinya, Datin Seri Shahida Mohd Rashid tampil menjelaskan bahawa sekatan itu dipercayai bukan berpunca daripada penggunaan kandungan yang telah dirakam seperti didakwa segelintir pihak.

Sebaliknya, menurut Shahida, sekatan tersebut dipercayai berlaku selepas anak mereka, Yusoff, muncul ketika sesi siaran langsung berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *