Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya dapat menarik nafas lega apabila kembali dibenarkan membuat siaran langsung di akaun TikTok miliknya selepas lima hari disekat.
Menerusi satu hantaran di Threads, Aliff mengakui tempoh lima hari itu memberi kesan besar terhadap emosinya sehingga dia hilang selera makan dan sukar memberi tumpuan.
“Ya saya kembali selepas lima hari tak live. Syukur Alhamdulillah kepada pengurus TikTok saya, Qaisara yang membantu saya untuk mendapatkan balik saya punya TikTok.
“Jujurnya lima hari saya tak nak makan, saya tak fokus dan saya rasa down sangat tapi rezeki saya Allah nak tolong saya,” kata Aliff.
Dalam hantaran sama, Aliff turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang tidak putus-putus memberi sokongan dan kata-kata semangat ketika dia berdepan situasi tersebut.
“Terima kasih yang sokong saya, terima kasih yang banyak memberi semangat kepada saya ketika saya jatuh, now I’m back,” katanya lagi.
Terdahulu, isteri Aliff, Datin Seri Shahida Mohd Rashid menafikan dakwaan bahawa sekatan siaran langsung akaun TikTok suaminya berpunca daripada penggunaan rakaman pra-rakam.

Sebaliknya, menurut Shahida, sekatan itu dipercayai berlaku selepas anak mereka, Yusoff, muncul dalam siaran langsung tanpa pengawasan orang dewasa.
Sebelum itu, Aliff meluahkan rasa sedih apabila mendakwa akaun TikTok miliknya disekat daripada melakukan siaran langsung selama lima tahun sehingga 15 Julai 2031.
Sumber: Threads
