Erma Fatima Dedah Wajah Bakal Menantu – “Siapa Kacau, Saya…”

Erma Fatima Berseloroh Beri ‘Amaran’, Perkenalkan Bakal Menantu Di Threads

Pengarah dan penerbit, Erma Fatima, mencuri perhatian apabila memuat naik sekeping foto bersama bakal menantunya yang dikenali sebagai Haziq menerusi satu perkongsian di Threads.

Menerusi hantaran itu, Erma yang mengenakan busana serba hitam dilihat menghalakan jari telunjuk ke arah Haziq yang tampil segak berbaju Melayu putih.

Erma Fatima

Lebih mencuri perhatian, pemilik nama Fatimah Rahmad Ali itu sempat berseloroh sambil memberi ‘amaran’ kepada sesiapa yang cuba mengganggu bakal menantunya.

“Nak bagitahu siap-siap. Ini bakal menantu saya.

Siapa berani kacau, saya pukui na,” selorohnya.

Erma Fatima

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian tersebut dan turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Erma sempena pertunangan anaknya, Nurain Sofea.

Erma Fatima mohon bakal menantu hormati syarat, tak izin anak keluar berdua  sebelum nikah – 'Hak saya sebagai ibu belum selesai' - SinarPlus

Terdahulu, Erma berkongsi keterujaannya menjelang majlis pertunangan Nurain Sofea yang berlangsung pada 18 Julai lalu.

Erma Fatima

Menurut Erma, segala persiapan majlis termasuk dekorasi dan gubahan hantaran dilakukan sendiri sebagai tanda penghargaan terhadap detik istimewa anaknya itu.

Sumber: Threads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *