[VIDEO] “Jangan salahkan suami saya…” – Amira Othman

Penyanyi Amira Othman tampil memberikan penjelasan selepas terdapat komen daripada netizen yang menyarankannya supaya berehat daripada melakukan sesi jualan secara langsung di TikTok.

Jodoh Ni Kan Macam Rezeki Juga.. Ajal Pun Tiada Siapa Tahu," - Diasak Soal  Jodoh, Ini Pendedahan Amira Othman

Menurut Amira, dia sudah mendapatkan rehat yang secukupnya pada waktu siang dan keputusan untuk melakukan siaran langsung tersebut dibuat atas kehendaknya sendiri, bukan kerana dipaksa oleh sesiapa.

VIDEO :

@tilljannahfa Kak long kata dia dah cukup rehat. Jangan salahkan suami dia ye 🙊😜🤪 #faao #fattahamin #amiraothman #fattmira #fyp ♬ original sound – tilljannahFA


“Saya dah rehat dah siang tadi.

“Jangan salahkan suami saya, okey. Saya yang nak buat (siaran langsung). Kesian suami saya, dia tak pernah susahkan saya,” katanya.

Amira berkongsi perkara itu ketika menjalankan sesi siaran langsung menjual produk bersama suaminya, pelakon Fattah Amin di TikTok baru-baru ini.

Kami pilih tenang, hidup ini bukan untuk puaskan hati manusia - Amira Othman  - Utusan Malaysia

Dalam pada itu, Fattah turut tampil menjelaskan keadaan selepas melihat isterinya menerima komen sedemikian. Menurut Fattah, dia sebenarnya sudah meminta Amira supaya berehat dan tidak mahu isterinya terlalu terbeban.

Barulah nampak stail orang Johor -Fattah, Amira Othman pilih tema Melayu  tradisional

“Saya memang suruh Amira rehat. Saya pun tak nak bagi Amira buat.

“Jangan salahkan saya, saya memang suruh Amira rehat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *