[VIDEO] ‘Tarikh Kahwin Dah Ditetapkan Tapi…’ – Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama tunangnya yang juga penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, berkongsi perkembangan terkini mengenai persiapan menjelang hari bahagia mereka.

Menerusi podcast BASScast yang disiarkan secara langsung di TikTok pada Isnin, pasangan itu mengesahkan bahawa tarikh perkahwinan mereka telah ditetapkan dan mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah keluarga.

Ramai restu jodoh Bella Astillah, Syed Saddiq - Kosmo Digital

Bagaimanapun, mereka memilih untuk tidak mendedahkan tarikh tersebut buat masa ini bagi menghormati proses memaklumkan berita berkenaan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat terlebih dahulu.

[VIDEO] ‘Tarikh Kahwin Dah Ditetapkan Tapi Tak Boleh Beritahu Bila, Tak Terlalu Lama Dari Sekarang’ – Syed Saddiq

“Perancangan selepas ini adalah berkahwin. Tarikh itu sudah ditetapkan dan dipersetujui keluarga tapi tak boleh beritahu bila.

“Cuma untuk kita war-warkan sekarang, saya rasa kita perlu menghormati prosesnya untuk nak beritahu keluarga yang tak begitu dekat dan kawan-kawan, biar mereka tahu dahulu. Semua ini ada proses, tak akan terus umum.”

Doakan Saya & Bella” - Syed Saddiq

Dalam pada itu, pasangan berkenaan turut memberi bayangan bahawa majlis perkahwinan mereka akan berlangsung dalam tempoh yang tidak terlalu lama dan bukannya pada penghujung tahun seperti yang mungkin dijangkakan sesetengah pihak.

“Tapi tak terlalu lama lah dari sekarang, bukan pada hujung tahun. Kalau ikutkan dah tak lama sangat.”

Bella bukan materialistik, saya pun memang tiada duit - Syed Saddiq

Selain berkongsi perkembangan tersebut, Bella dan Syed Saddiq turut mendedahkan bahawa mereka telah menandatangani kontrak bersama Astro bagi menguruskan penganjuran majlis perkahwinan mereka.

“Saya rasa ramai tak tahu lagi sebab saya dan YB, kita sebenarnya under Astro. Kita pun dah menandatangani kontrak bersama Astro untuk tolong proses penganjuran (perkahwinan).”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *