Hubungan anak-anak kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah dengan bakal bapa mereka, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, dilihat semakin akrab dan mesra.

Perkara itu turut menarik perhatian ibu kepada pengarah dan penerbit Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail, yang berpendapat wajah Syed Saddiq mempunyai iras dengan anak perempuan Bella, Ara Adreanna.

“Saya nampak wajah SS (Syed Saddiq) di muka Ara, seiras la,” tulisnya menerusi satu hantaran di Threads.
Isteri kepada penerbit Datuk Yusof Haslam itu meninggalkan komen berkenaan pada sebuah video yang memaparkan Syed Saddiq sedang melayan Ara.

Video tersebut dipercayai dirakam ketika mereka sekeluarga menikmati sarapan selepas menamatkan larian kesyukuran sejauh 170 kilometer dari Putrajaya ke Muar pada Ahad.
Sumber: Threads
