“Saya Lambat Balas WhatsApp 2 Saat, DSV Terus Call Tanya ‘Abe Kat Mana?’” – Fazley

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, mendedahkan usahawan Datuk Seri Vida akan terus menghubunginya sekiranya dia lambat membalas mesej di WhatsApp.

SHOWBIZ: Fazley Yaakob clarifies 'matching outfit' moment with Vida was  unplanned

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Fazley berkata Vida akan bertanya di mana dia berada apabila mesej yang dihantar tidak dibalas dalam tempoh singkat.

“Saya jawab lambat WhatsApp dua saat, dia akan call tanya ‘Abe dekat mana’, kenapa lambat jawab. Tapi tak apalah, manja-manja,” katanya.

https://www.threads.com/@datoserivida/post/DbSnvN-Eg8m?xmt=AQG0Gv05cB5EbzaDRQd-rcsBrDkjHHVJnktJ_wteB-3emg

Dalam sesi sama, Fazley turut berkongsi pandangannya mengenai panggilan mesra yang digunakan antara pasangan.

Menurutnya, apabila seseorang sudah terbiasa memanggil pasangan dengan gelaran seperti “sayang” atau “baby”, perubahan secara tiba-tiba kepada panggilan nama boleh mengundang salah faham.

Bukan sekadar content, Vida mengaku sedang kenali Fazley Yaakob

“Bila dah panggil sayang, tiba-tiba kita downgrade, boleh jadi perang dunia ke-10. Jangan cari pasal. Kalau orang yang panggil sayang ke, baby ke, tiba-tiba downgrade jadi nama dia, tak boleh,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *