Beberapa hari lalu, pelakon Fattah Amin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sebuah akaun di Threads yang didakwa menyebarkan pelbagai fitnah dan tuduhan melampau mengenai dirinya.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Fattah berkata sebelum ini dia memilih untuk tidak melayan segala dakwaan yang dilemparkan terhadapnya. Namun, menurutnya, fitnah yang disebarkan kini dilihat semakin keterlaluan.
“Salam @musangberjanggut, saya seriously tak nak kisah atas benda-benda remeh dan fitnah yang selama ini telah awak cipta. Tapi rasanya naratif yang digunakan, fitnah yang di ada-adakan ini dah semakin melampau,” tulisnya.

Fattah turut memaklumkan bahawa dia sudah lama membuat laporan terhadap akaun berkenaan. Bagaimanapun, menurutnya, sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan diambil.
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian rakan artis, Kamal Adli. Pelakon itu menyifatkan tuduhan yang dilemparkan terhadap Fattah sebagai sesuatu yang berniat jahat, selain meluahkan rasa ingin tahu mengenai individu di sebalik akaun tersebut.

