Penyanyi muda, Thalita, tampil menjawab komen seorang netizen yang mempersoalkan penampilannya yang didakwa kelihatan seperti orang dewasa walaupun usianya masih muda.
Menerusi satu hantaran di TikTok, netizen tersebut meluahkan rasa syukur kerana dapat melalui zaman kanak-kanaknya seperti biasa sebelum mengucapkan tahniah kepada Thalita.

Komen itu kemudian mendapat perhatian Thalita yang tampil memberikan penjelasan mengenai penampilannya.
Menurut Thalita, mekap tebal yang dikenakannya adalah sebahagian daripada tuntutan kerjayanya sebagai penyanyi agar wajahnya lebih jelas kelihatan ketika membuat persembahan di atas pentas.

“Okay, first thing first saya makeup macam tu sebab saya menyanyi kak. Saya duduk atas stage, kena la ada makeup yang tebal supaya korang boleh nampak,” tulisnya.
