“Saya Mohon…Cukuplah, Jangan Ganggu Saya Lagi” – Nur Fazura

Pelakon Nur Fazura meminta orang ramai, khususnya netizen, agar tidak lagi mengganggu kehidupannya serta menghentikan segala bentuk provokasi terhadap dirinya.

Menerusi satu sesi siaran langsung, Fazura berkata dia kini mahu memberi sepenuh perhatian kepada anaknya, Nur Fatima Aisya, dan membesarkannya dalam suasana yang tenang. Pada masa sama, dia berharap peminat dapat menerima hakikat bahawa jodohnya bersama bekas suami, Fattah Amin, telah berakhir.

SHOWBIZ: Fazura opens up about betrayal, finds strength in smaller circle of true friends

“Cukuplah, jangan ganggu saya. Mulai sekarang, saya dan Fatima akan sentiasa berdua mengharungi segala-galanya.

“Saya mohon kepada semua, cukuplah. Jangan ganggu saya lagi. Biarkan saya besarkan Fatima dengan sebaik-baiknya, dalam keadaan tenang dan harmoni.

“Ingatlah, jodoh, ajal dan maut semuanya sudah ditentukan Allah. Saya harap peminat saya dan Fattah Amin dapat terima hakikat bahawa sudah tiada Ajodoh antara kami,” katanya.

Setiap Jumaat penuh satu lori dengan beras dan keperluan asas” - Individu dedah sisi pemurah Nur Fazura, rajin bersedekah tanpa publisiti - Hiburan | mStar

Mengulas mengenai insiden yang berlaku pada Ahad lalu, Fazura memaklumkan dia dan Fattah telah bertemu serta berbincang sehingga mencapai kata sepakat.

“Itulah yang berlaku Ahad lalu. Saya sudah berjumpa bapa kepada Fatima dan kami sudah mencapai kata sepakat.

“Saya harap selepas ini, buat kali terakhir, semua peminat tolonglah hormati keputusan kami. Inilah yang saya sudah janjikan akan lakukan dan jika masih ada pihak yang belum tunaikan janji mereka, saya harap mereka dapat berbuat demikian,” katanya.

Tahun ini saya raya sendiri” - Nur Fazura - Hiburan | mStar

Terdahulu, Fazura dan Fattah dilihat menghadiri satu program di sekolah anak mereka, Nur Fatima Aisya, sekali gus mencetuskan kegembiraan dalam kalangan peminat.

Bagaimanapun, perkongsian mengenai kehadiran mereka berdua turut mengundang pelbagai provokasi dan dakwaan daripada segelintir netizen.

Sumber: BH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *