Nelydia Senrose Selamat Bersalin, Luahan Suaminya Tarik Perhatian Netizen

Pelakon Datin Nelydia Senrose selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Ahad.

Berita gembira itu dikongsikan suaminya, Datuk Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram pada petang Isnin.

Menerusi perkongsian tersebut, Hafez turut memuat naik foto yang memperlihatkan dirinya menemani Nelydia di bilik bersalin sebelum memeluk bayi sulung mereka sejurus selepas kelahiran.

Nelydia Senrose Hamil Anak Pertama, Momen Paling Bahagia Selepas 7 Tahun  Penantian!

Dalam hantaran itu, Hafez meluahkan rasa kagum terhadap ketabahan isterinya yang disaksikan sendiri sepanjang proses melahirkan anak pertama mereka.

“26 Julai 2026, saya menyaksikan wanita paling kuat dan paling luar biasa yang pernah saya kenal.

“Melihat awak berjuang menahan setiap kesakitan dan melalui setiap cabaran demi membawa anak lelaki kita lahir dengan selamat adalah satu momen yang akan saya simpan dalam hati sepanjang hidup,” tulisnya.

Nelydia Senrose & Suami Timang Cahaya Mata

Menurut Hafez, melihat Nelydia bergelar seorang ibu merupakan detik paling indah dalam hidupnya.

Dia turut merakamkan penghargaan atas segala pengorbanan yang dilakukan isterinya sepanjang tempoh kehamilan dan proses kelahiran sehingga melengkapkan keluarga kecil mereka.

“Melihat awak bergelar seorang ibu adalah perkara paling indah yang pernah saya saksikan.

“Terima kasih atas setiap pengorbanan yang sayang lakukan, setiap titisan air mata, setiap kekuatan yang awak kerahkan dan setiap degupan jantung yang membawa anak lelaki kita selamat ke dalam pelukan kita.

Hamil Anak Sulung, Nelydia Senrose Alami Alahan Teruk Trimester Pertama |  Hot FM

“Sayang bukan sahaja melahirkan seorang bayi lelaki yang sempurna, tetapi juga memberikan saya hadiah paling bermakna yang pernah saya terima. Hari ini, awak telah melengkapkan keluarga kecil kita,” luahnya.

Dalam pada itu, Hafez turut meluahkan rasa syukur apabila Allah memakbulkan doa mereka dengan mengurniakan seorang bayi lelaki yang sihat serta memelihara keselamatan isteri dan anak mereka.

Malah, dia berjanji akan terus menyayangi, melindungi dan sentiasa berada di sisi Nelydia dalam setiap detik, sama ada ketika bahagia mahupun berdepan cabaran.

“Terima kasih kerana menjadikan saya seorang suami yang paling berbangga, dan kini seorang ayah yang paling bertuah.

“Saya berjanji akan menghabiskan sisa hidupku untuk menyayangi sayang, melindungi sayang dan sentiasa berada di sisi sayang dalam setiap detik bahagia mahupun saat-saat yang mencabar.

“Anak lelaki kita sangat bertuah kerana memiliki sayang sebagai ibunya, dan saya jauh lebih bertuah kerana dapat memanggil awak sebagai isteriku,” ujarnya.

Nelydia Senrose selamat bersalin anak sulung, suami titip ucapan menyentuh  hati – Suria FM

Untuk rekod, Nelydia atau nama penuhnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 32, mengumumkan berita kehamilannya pada April lalu sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ketujuh.

Ketika itu, Nelydia meluahkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan dan menyifatkan kehamilan tersebut sebagai hadiah paling bermakna dalam kehidupan mereka.

Nelydia dan Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid sah bergelar suami isteri pada 6 April 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *