“Ada Air Mata Yang Tak Diceritakan,” – Perkongsian Memey Suhaiza Tarik Perhatian

Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap ujian yang berlaku dalam kehidupan pasti terselit hikmah, meskipun terpaksa berdepan pelbagai cabaran.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Memey berkongsi rasa syukur apabila bulan Julai menjadi tempoh yang cukup bermakna apabila perniagaannya berjaya mencatat jualan bulanan tertinggi setakat ini.

Menurut Memey, kejayaan itu hadir selepas melalui pelbagai pengorbanan yang mungkin tidak diketahui ramai.

“Ada Air Mata Yang Tak Diceritakan,” - Jualan Bulanan Cecah Rekod Tertinggi, Memey Syukur Setiap Ujian Ada Hikmah

“Kadang-kadang, Allah menguji bukan untuk melemahkan langkah, tetapi untuk menguatkan hati. Bulan ini adalah bulan yang sangat istimewa.

“Ada lelah yang diperjuangkan. Ada air mata yang tidak diceritakan dan ada doa yang hanya Allah menjadi saksi.

“Namun, di sebalik setiap ujian, Allah hadirkan hikmah yang jauh lebih indah. Alhamdulillah, bulan ini menjadi bulan dengan jualan paling tertinggi buat Normey,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, isteri kepada pelakon Norman Hakim itu turut merakamkan penghargaan kepada seluruh pasukan yang sentiasa teguh bersamanya, selain pelanggan yang terus memberikan sokongan terhadap jenama Normey.

“Ada Air Mata Yang Tak Diceritakan,” - Jualan Bulanan Cecah Rekod Tertinggi, Memey Syukur Setiap Ujian Ada Hikmah

“Terima kasih kepada team yang tidak pernah berhenti percaya dan terus kuat berjuang memberikan yang terbaik untuk Normey.

“Terima kasih kepada setiap pembeli Normey yang terus memilih dan menghargai kami.

“Kami hargai sangat-sangat. ‘Orang yang menghargai kita adalah antara rezeki paling tidak ternilai’,” kongsinya lagi.

“Ada Air Mata Yang Tak Diceritakan,” - Jualan Bulanan Cecah Rekod Tertinggi, Memey Syukur Setiap Ujian Ada Hikmah

Pada masa sama, Memey turut menitipkan doa buat semua pihak yang sentiasa menyokong perjalanan perniagaan serta kerjaya seninya selama ini.

Perkongsian tersebut turut menerima pelbagai reaksi positif daripada pengikutnya yang menzahirkan ucapan tahniah atas pencapaian berkenaan serta mendoakan agar perniagaannya terus berkembang maju.

Sumber: Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *