“Mak Cik B Dah Bahagia, Tapi…” Luahan Cik B Raih Perhatian, Sekali Ini Komen Fazley Yaakob

“Mak Dah Bahagia, Tapi…” – Cik B Akui Rasa Sunyi Perlu Kongsi Kasih Sayang Ibu

Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B, mencuri perhatian apabila berkongsi luahan hatinya menerusi satu hantaran di Threads.

Terima hadiah hari jadi, Cik B nak 'kenenkan' Fazley Yaakob dengan DSV -  "Mak saya Chinese look"

Menerusi perkongsian tersebut, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin meluahkan rasa gembira melihat ibunya kini lebih bahagia selepas dikatakan sedang hangat bercinta dengan penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob.

Bagaimanapun, bekas peserta Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) itu mengakui dalam masa yang sama dia turut berasa sedikit sunyi kerana merasakan dirinya kini perlu berkongsi kasih sayang ibunya dengan orang lain.

“Mak Cik B dah bahagia, tapi Cik B rasa lonely sebab dah kena kongsi kasih sayang,” luahnya.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai termasuk Fazley yang tampil meninggalkan komen memberi kata-kata semangat kepada Cik B.

Menurut Fazley, kasih sayang seorang ibu bapa terhadap anak tidak akan pernah berkurang walaupun dikongsi.

“Cik B sayang, Dida (Fazley) will always be here for you, jangan risau okay.

“Kasih sayang seorang ibu bapa itu terlalu besar, tak akan habis walau dikongsi macam mana pun.

“It all started from you and Dida yakin your doa sangat hebat! Love you Cik B,” tulis Fazley.

Terdahulu, hubungan Datuk Seri Vida dan Fazley menjadi perhatian ramai selepas beberapa video yang memaparkan keakraban mereka tular di media sosial susulan penyertaan mereka dalam Talk To My Manager musim kedua.

Malah, Fazley sebelum ini mendedahkan dia sudah meluahkan perasaan sayangnya terhadap Vida pada hari yang dianggap istimewa dalam kalendar Islam.

Fazley Yaakob penat jawab soalan jodoh, dah anggap Cik B macam anak sendiri  - Hiburan | mStar

Vida kemudiannya mengakui wujud perbincangan serius antara mereka mengenai kemungkinan membawa hubungan itu ke fasa yang lebih serius.

Bagaimanapun, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman menjelaskan perbincangan tersebut masih berada pada peringkat awal kerana mereka masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *