“Walaupun Jadi Zombie, Tak Tidur Sakit Belakang, Sakit Kepala Tapi Untuk Anak Mummy Usaha…” – Amira Othman

Penyanyi Amira Othman berkongsi pengalaman sepanjang menjalani tempoh berpantang apabila mengakui terpaksa mengorbankan waktu tidur demi memastikan cahaya mata sulungnya mendapat susu ibu yang mencukupi.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Amira memuat naik beberapa keping foto ketika berada di pusat berpantang, termasuk hidangan berpantang serta rutin hariannya sebagai seorang ibu.

Jarir nama sahabat nabi' - Irfan Haris kongsi Amira Othman dapat ilham nama anak dari kelas agama - SinarPlus

Dalam salah satu perkongsian itu, pelantun lagu Hati-Hati tersebut turut berkongsi gambar sebotol susu sambil meluahkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan Allah.

“Walaupun mami jadi zombie, tak tidur, sakit belakang, sakit kepala.

“Tapi untuk anak Mommy, mami usaha yang termampu dan terdaya juga yang Allah izinkan.

“Moga Muhammad Jarir Umar sihat, soleh, berjaya dan jadi penyejuk hati mami daddy,” tulisnya.

Welcome Muhammad Jarir Umar' – Amira Othman, Fattah Amin welcome first child - Sinar Daily

Selain berkongsi cabaran sepanjang berpantang, Amira turut merakamkan penghargaan kepada suaminya, pelakon Fattah Amin, yang sentiasa membantu dan memudahkan segala urusannya sepanjang tempoh tersebut.

“Terima kasih suami saya.

“Selalu tolong memudahkan isteri awak berpantang.

“Semoga Allah balas jasa baik suami-suami kita semua yang sama-sama memudahkan urusan isteri,” katanya.

Terdahulu, Amira selamat melahirkan cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Jarir Umar.

Dua Hari Amira Othman Dapat Bunga Berbeza, Irfan Haris 'Spill The Tea' - “Kakak Saya Memang 'Blushing' Sebab Bunga…” | Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *