Marissa Dania Sudah Temui Pengganti? Bukan Calang-calang Orang

Desas-desus mengenai pempengaruh Marissa Dania dikatakan sudah menemui pengganti baharu kembali hangat diperkatakan selepas sekeping gambar kolaj tular di media sosial.

Spekulasi itu semakin mendapat perhatian apabila seorang lelaki dikenali sebagai Munir Akhunov memuat naik gambar yang memaparkan dirinya bersama Marissa di akaun Instagram miliknya.

Kesilapan itu bukan bermakna Marissa gagal, anak mama kuat - Abby Abadi

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang beranggapan kedua-duanya meluangkan masa bersama, sekali gus menguatkan dakwaan bahawa Marissa mungkin sudah menemui insan baharu dalam hidupnya.

Selain itu, netizen turut menyedari Munir mengikuti akaun Instagram ibu Marissa, iaitu pelakon Abby Abadi, sekali gus menambah lagi spekulasi yang berlegar di media sosial.

Sebelum ini, nama Marissa kembali menjadi perhatian selepas timbul dakwaan bahawa dia sudah mempunyai pengganti baharu.

Terdahulu, Marissa disahkan bercerai dengan pempengaruh Ahmad Aslam.

Kemelut rumah tangga mereka sebelum ini menjadi perhatian ramai apabila Marissa dilaporkan berkahwin dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Anak Abby dituduh jadi penyondol pula?

Hasil perkahwinan tersebut, Marissa bergelar isteri kedua kerana Ahmad Aslam ketika itu masih berstatus suami kepada pempengaruh Umisya Mazlan.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Marissa Dania mahupun Munir Akhunov berhubung spekulasi yang tular di media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *