“Yang Sulung Dulu…” Netizen Geli Dengan Panggilan ‘Dida’, Sekali Ini Komen Fazley Yaakob

Cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob, tampil menjelaskan asal usul panggilan “Dida” yang digunakan oleh anak-anaknya selepas menerima komen daripada seorang netizen yang kurang senang dengan gelaran tersebut.

Vida ada ciri isteri sempurna - Fazley Yaakob

Menerusi satu hantaran di Threads, individu berkenaan mengakui berasa kurang selesa dengan panggilan itu, malah mendakwa anak usahawan Datuk Seri Vida, Cik B, turut berasakan perkara yang sama.

“Seriously geli aku Dida Dida… I bet Cik B pun geli juga,” tulis individu tersebut.

Fazley Yaakob

Membalas komen itu, Fazley menjelaskan bahawa panggilan “Dida” tercipta secara tidak sengaja apabila anak sulungnya yang masih kecil ketika itu tidak dapat menyebut perkataan “Daddy” atau “Papa” dengan betul.

“Hahaha lawak la korang. Dida tu panggilan my four kids to me sebab yang sulung dulu pelat. Tak boleh sebut Daddy atau Papa. Yang keluar ‘Dida’, jadi melekatlah panggilan itu kat anak-anak yang lain,” katanya.

Sering Ditanya Mengenai Vida, Fazley Yaakob Jawab - “Ya, Cik B & Kacak  Memang Saya Dah Anggap Macam Anak Sendiri” | Gempak

Penyanyi lagu Asmara Ini itu turut memaklumkan bahawa panggilan tersebut bukan sahaja digunakan oleh keempat-empat anaknya, malah turut digunakan oleh semua bekas peserta program Talk To My Manager 2.

“Termasuk anak-anak dalam TTMM. Chill guys. Saya dulu Goal Keeper dalam ‘Gila Bola’ satu team dengan Apek,” katanya lagi.

Sumber: Threads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *