“Tentang yuran yang tertangguh, sila periksa dengan…” Fattah Amin Akhirnya Hilang Sabar

Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa terkilan apabila terdapat pihak yang didakwa menyebarkan fitnah berkaitan kehidupan peribadinya.

Fattah atau nama lengkapnya, Abdul Fattah Mohd Amin, mendakwa terdapat beberapa perkara yang dibangkitkan oleh akaun media sosial bernama ‘Musang Berjanggut’ yang disifatkannya sebagai naratif tidak berasas.

“Saya serius tak nak kisah atas benda-benda remeh dan fitnah yang selama ini telah awak cipta. Tapi rasanya naratif yang digunakan, fitnah yang diada-adakan ini dah semakin melampau,” tulisnya.

Dalam masa sama, Fattah turut mempersoalkan bagaimana maklumat berkaitan perkara peribadi melibatkan dirinya dan bekas isteri boleh diketahui oleh pihak luar.

Menurutnya, perkara berkaitan urusan antara pihak sekolah dan ibu bapa sepatutnya bersifat peribadi serta tidak wajar didedahkan kepada umum.

“Tentang yuran yang tertangguh, sila periksa dengan pihak sekolah Fatima sekarang tentang yuran tersebut. Nampak gaya awak seperti ada akses tentang semua personal yang melibatkan saya dan bekas isteri.

“Jadi bagaimana info-info dalaman seperti ini diketahui oleh awak? Bukankah ianya adalah P&C di antara pihak sekolah dan parents?” soalnya.

Awak seperti ada akses hal peribadi saya - Fattah Amin - Kosmo Digital

Dalam hantaran sama, Fattah turut memaklumkan bahawa dia telah lama membuat laporan terhadap akaun tersebut kepada pihak berkuasa.

Menurutnya, laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dibuat susulan dakwaan akaun berkenaan menyebarkan pelbagai perkara yang tidak benar sejak sekian lama.

“Saya dah lama report akaun awak ini pada PDRM dan SKMM sebab dah bertahun-tahun awak wujudkan fitnah-fitnah ini. Selebihnya yang lain-lain saya tak nak komen sebab anda semua boleh menilai bahasa dan kata-kata akaun Musang ini,” ujarnya.

Fattah turut menyeru orang ramai supaya menggunakan saluran yang betul sekiranya menemui akaun yang didakwa menyebarkan kandungan berunsur fitnah.

“Mungkin dah sampai masa kita gunakan button report ini beramai-ramai supaya akaun seperti ini tidak sepatutnya wujud di kalangan masyarakat kita,” tambahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *