Netizen Sebar Gambar Lama Bella Astillah, Sekali Ini Komen Padu Bakal Abar Iparnya

Personaliti media sosial, Space Dollah, tampil mempertahankan pelakon Bella Astillah susulan tular semula gambar dan tangkap layar perbualan mesra yang dikaitkan dengan pelakon itu di media sosial.

Menerusi satu komen yang dimuat naik di Threads, Space Dollah atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Abdul Rahman menegaskan bahawa kisah silam Bella tidak lagi menjadi isu buat dirinya dan keluarga.

Menurutnya, mereka lebih memilih untuk melihat keperibadian Bella pada masa kini berbanding mengungkit perkara yang telah berlalu.

 

“Tiada siapa yang peduli tentang masa lalu Bella, kami peduli tentang siapa dia hari ini.”

Kenyataan tersebut mendapat perhatian ramai apabila perkongsiannya dibanjiri komen netizen yang memuji sikap matang serta pendiriannya dalam mempertahankan Bella.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut berharap Bella mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa menyebarkan semula kandungan berkaitan kisah silamnya.

Sebelum ini, tular satu hantaran di media sosial yang didakwa cuba memburukkan imej Bella dengan mengitar semula kisah lama yang mengaitkannya dengan pelakon Muaz Zabir beberapa tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *