“Saya Nampak Wajah Syed Saddiq Di Muka Ara…” – Komen Ibu Syamsul Yusof Raih Perhatian

Hubungan anak-anak kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah dengan bakal bapa mereka, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, dilihat semakin akrab dan mesra.

Bella Astillah & Syed Saddiq Pilih Berdiam, Utamakan Anak-Anak dan Fokus  Kerjaya

Perkara itu turut menarik perhatian ibu kepada pengarah dan penerbit Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail, yang berpendapat wajah Syed Saddiq mempunyai iras dengan anak perempuan Bella, Ara Adreanna.

“Saya nampak wajah SS (Syed Saddiq) di muka Ara, seiras la,” tulisnya menerusi satu hantaran di Threads.

Isteri kepada penerbit Datuk Yusof Haslam itu meninggalkan komen berkenaan pada sebuah video yang memaparkan Syed Saddiq sedang melayan Ara.

Syed Saddiq Tampil Sebagai Superman Di Majlis Hari Lahir Anak Bella  Astillah, Curi Tumpuan Ramai!

Video tersebut dipercayai dirakam ketika mereka sekeluarga menikmati sarapan selepas menamatkan larian kesyukuran sejauh 170 kilometer dari Putrajaya ke Muar pada Ahad.

Sumber: Threads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *